21 November 2011

Haiwan Peliharaan Baru Lagi.. :)

Hi...Salam uols..Lama xupdate blog ni..Hehe..
Sorry, teramatlah busy sejak akhir² ni dengan assignment yang banyak and exam midterm..

Aku ada haiwan peliharaan baru.. Tak perlu modal banyak nak bela natang nie.. Hanya bermodalkan sebiji pisang yang diletakkan dodalam perangkap dan ini lah hasilnya.. :)


Giler comel kan muka dia.. Ni lah musang.. Umur dia xsure sangat maybe about 3-4 weeks kot.. Tangkap kat belakang umah aku je..Hahaha...Actually ada 2 ekor anak musang kami dapat tangkap..Tapi yang seekor lagi garang semacam je..Maybe yang tu jantan, yang kat atas ni maybe betina, dia jinak sikit...

Comel giler kan..Dah mcm sugar glider plak aku tgk..
Belakang dia ada 3 line.. Ekor panjang macam sugar glider jugak kan..
Muncung dia pon panjang..Mcm bear pon ada..
Memang comel giler la..
Comel kan musang ni..Aku memang obses dengan binatang² yang comel ni..Huhu..Penyayang kan..Korang ape tau..Huhu..Tu jela nak share...Ok..Bubye uols..Thanks for reading... :)

Share

26 September 2011

Aku Benci Kelas Dibatalkan (!)

Salam..Hai all...

Marah ni...Memang marah giler.. Sakit hati bila dah penat² turun lif dari level 25, jalan kaki 300 meter, tunggu bas 10 minit, menempuh jam lagi, turun bas jalan kaki lagi 300 meter sampai je kolej naik tangga tingkat 3 at last kelas canceled... 

Bongok giler penat aku.. Semangat nak g kelas jadi pudar.. Haha.. Apa la salah lecturer message student or inform kat facebook yang kelas cancelled kan.. Benci betul aku mcm ni..
Saja nak menyusahkan student datang jauh² sebab nak g kelas..Kalau jalan kat KL ni mcm kat kpg aku lengang je takpe jugak..Ni dengan jam nye lagi.. Sengal!..

Benci sume lah.. Senang cite.. Aku penat.. Nak perang jap kat FB main Empires & Allies.. Bubye  =/


Share

19 September 2011

New Semester

Hi.. Salam to uols...

First of all..Belum terlambat lagi kan nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin to all bloggers and to all my fellow friends.. 

Dalam korang yang masih lagi sambut Hari Raya Aidilfitri tu, aku kat sini dah pun start semester baru aku.. Dah 2 minggu dah masuk semester baru ni.. Alhamdulillah, result semester 1 aku sebelum ni boleh dibanggakan jugak lah.. Hahaha (Perasan{!!!}).. For sure maintain 3.00 and above.. Heheh.. 

Semester 2 ni aku ambik 5 paper.. Total 14 credit hours.. Aku kena ambik Macroeconomics, Business Communication 2, Information System Management, Strategic Management dan Research Methodology.. Semuanye core subjek.. Semua tough².. And some of the subjects i should not take for this semester but i have to because nak cukupkan 5 subjek.. Kalau tak, rugilah ambik 2-3 subjek je untuk semester panjang.. Bazir masa je.. 

Subjek Research Methodology, first class dah dapat assignment.. Kene buat research, then buat proposal, portfolio then present bila dah nak final nanti.. Memang terbaik la kan.. 
Yang Strategic Management pulak, lecturer aku suruh aku drop je subjek ni sebab ni subjek untuk budak² semester 7, budak² final year.. Yang aku ni baru je semester 2.. Hahaha.. Tapi lepas discuss dengan dekan aku ape sume, he let me take this subject because i meet the requirement to take this subject.. Hehe.. Most of the subjects dalam Barchelor in E-Business subjects structure aku dah ambik masa diploma dulu... 

Tahu tak total subjek yang aku kena ambik untuk degree ni semua nya 38 subjek.. Then aku dapat credit transfered untuk 13 subjek.. So tinggal lagi 25 subjects.. Aku dah ambik 3 subjects, so tinggal lagi 22 subjects.. Semester ni aku ambik 5 subjects, so tinggal lagi 17 subjects je lagi.. InsyaAllah lagi 4 or 5 semester je lagi.. Hmm, maybe June 2013 baru habis kot.. 2 tahun jugak lah kan.. Lama nye nak habis.. Otak dah tepu dah nak belajar.. Member² aku semua dah ada life sendiri.. Dah ada hala tujuan masing².. Yang dah kawen ramai.. Yang dah jadi mak bapak orang pon ramai dah.. Yang dah bercerai pon ada.. Hahaha.. Dah merepek dah ni.. Tension belum ape² assignment dah bertimbun....

Klah.. Ni je nak cerita.. Bosan² tak tahu nak buat apa.. :(

Salam uols.. Bubye


Share

11 August 2011

My New Pet (QaQa Arjuna)

Hi...Salam guys and gurls.. Hehe.. Happy fasting yaa...

Lama jugak tak update blog ni.. Hehe..Tgk tajuk entry aku kali ni..Binatang peliharaan baru sayeeee...Hahah...Setelah lama mengidam akan binatang ni akhirnya aku dapat jugak beli seekor dengan bantuan kawan dan juga yang tersayang dalam menghulurkan sumbangan ikhlas dalam usaha membantu aku untuk mendapatkan binatang yang dinamakan "Sugar Glider" ini...Bukan apa, boleh tahan mahal binatang ni bagi aku yang bergelar student ni..Huhu..

Nickname : Qaqa 
Name : Qaqa Arjuna
Age : 3 months
Sex : Male

Ni lah dia...Qaqa nama dia...Cik Syaidatul Firqiyah yang bagi nama ni...Nama bukan main lagi..Hehe..Umur dia baru dalam 3 bulan (tak sure sangat)..Gambar kat atas ni mata dia kuyu je sebab nak tido plus penat bermain dengan aku..Huhu..Ni ade lagi gambar..

Qaqa memang suka main dengan gelang aku..
Comel kan...Mata besar giler..
Tengok kuku dia..Giler tajam..Aku xreti lagi nak potong kuku dia..Aktif sgt nak potong pon payah..
Bulu dia warna "grey".. Baru nak kembang lagi pon..Kecik lagi kan...
Actually,aku dah beli seekor sebelum Qaqa nie tapi dia dah mati, oleh kerana si penjual Qaqa ni baik hati, dia ganti balik Sugar Glider aku yang dah mati tu...Sebabnya tak sampai seminggu lagi aku beli dia dah mati... 
Agak leceh jugak bela benda ni sebab kita nak kena betul² jaga pemakanan dia, tempat tinggal dia...Salah bagi makan boleh jadi mati glider ni.. Ni lagi gambar Qaqa...

Qaqa punye cage, pouch and exercise ball dia...Pink kaler je..Haha..
Qaqa tengah makan apple...
Qaqa tengah exercise...Lari²..

Qaqa nak masuk dalam pouch Domo dia..Huhu..
Kucing aku duk usha je Qaqa..Mesti dia geram je tengok Qaqa..

Ni lah dia binatang peliharaan baru aku..Tapi "cici n' frens" kat rumah tu tetap diingati walaupon aku dah ada Qaqa..Haha...Sengal..Sape² rasa nak jugak beli Sugar Glider ni boleh la contact aku..Nanti aku boleh rekemen kan seller yang ok and murah...Klah..Gudbye ols...Happy fasting..!! =)









Share

11 July 2011

Perhimpunan Bersih 2.0 *(The Truth)

Hi As-Salam again to all blogers..

Saja nak cerita pasal perhimpunan bersih yang diadakan baru² ni..Ni just pendapat aku lah..Aku takde la nak berpihak² kepada sesapa..Kiranya pengundi atas pagar la ni..Huhu..Entah pape je..

Aku takde la sokong 100% dengan perhimpunan ni sebab boleh menyebabkan imej negara Malaysia ni jadi buruk je di mata dunia..Dah jadi trend ke ape sekarang semua nak buat demonstrasi jalanan..Malaysia yang terkenal dengan negara berbilang bangsa dan kaum, aman dan damai and sebagai negara Islam yang patut dicontohi kot..Kenapa mesti ada pihak nak kucar kacirkan negara kita ni..Yang kepala nye pulak si Ambiga tuh..Yang melayu ni duk ikut aje..Memang tak salah, mungkin dengan cara ni paling berkesan dalam menyalurkan suara rakyat terhadap pucuk pimpinan negara..Tapi xpayah la buat demonstrasi jalanan kan..Agong dah cakap buat dekat stadium tapi tak nak pulak dengar..

Yang kerajaan pon satu..Kenapa tak benarkan perhimpunan bersih ni diadakan kat stadium..?? Sebab pertubuhan tak sah katanya..Tapi Agong dah bagi kebenaran untuk perhimpunan bersih dibuat kat stadium kan..Kenapa tak bagi permit..?? Kenapa PM kita ingkar dengan titah Agong supaya membenarkan pihak polis bagi permit kat dowang yang nak buat perhimpunan nih?? Kenapa..?? Takut dengan bayang² sendiri ke..?? Polis saja nak pressure rakyat Malaysia supaya benci akan perhimpunan bersih 2.0 ni dengan buat sekatan jalan raya sana sini, tutup jalan apa suma..Jam giler b**i satu KL kot..Langsung tak bergerak kereta..Dowang berjaya kot membuatkan pengguna jalan raya memaki hamun sesapa yang nak organized perhimpunan bersih ni kerana telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk pada malam sebelum perhimpunan bersih ni...

Entahla..Yang pasti aku kecewa dengan 2 2 belah pihak...Layan je video kat bawah ni..Patut ke polis layan rakyat macam ni..?? Korang nilai la sendiri...





Share

06 July 2011

My Wish List

Hi Again... As-Salam...

Bosan hari ni takde kelas tu yang rajin sikit nak update blog ni..Saje on9² bosan tak tau nak watpe..Buka laman web Canon (www.canon.com.my) usha camera yang aku nak Canon EOS 550D..Hmm..Tapi macam mahal sesangat²...Tak mampu nak beli...So, bukak pulak laman web Nikon (www.nikon.com.my) usha plak Nikon D90..Haiii..Harga pon sama je dengan yang Canon tadi...So tengok pulak Nikon D3100..Harga takde la murah sangat but still mahal la bagi aku yang bergelar student ni..Mana la nak carik duit ea nak beli kamera ni..

Dapat D3100 ni pon jadi lah..Janji DSLR....




Harga kamera ni lebih kurang RM2,200.00..Kalau aku keje part-time 4 - 5 bulan gaji kot baru dapat beli kamera ni...Sumpah aku teringin sangat nak ada sebijik kamera nih... 

Hmm..Lepas tu, aku bukak pulak laman web Sony Ericsson (www.sonyericsson.com.my)..... Tengok handphone SonyEricsson Xperia™ Ray..Haii..Dunia semua ni..Sekali lagi terasa macam nak tukar handphone la pulak bila tengok handphone nih...

SonyEricsson Xperia™ Ray


Tak tau la berapa harga handphone ni tapi tengok gaya mesti dekat² RM2k jugak nih..Sakit hati pulak bila tengok binatang ni...Geram sebab tak dapat beli...Huhu..

Kalau la akau dapat habuan aku seperti yang dijanjikan oleh orang tu sebelum ni...Dapat lah aku beli benda ni sebab dah lama aku nak...Tapi janji tinggal janji je...Bila tiba masa aku tagih janji dia, respon dia cukup² buat aku rasa sakit hati sangat² and rasa down sangat²..Janji hanya untuk bagi aku supaya lebih bersemangat je nak wat something tapi at last ape je yang aku dapat..??? Lepas ni kepada orang tu tak payah la lagi berjanji dengan aku apa²...Konon 5k @ a vacation... Huh..!! Bila teringat balik sumpah aku rasa down sangat²..Biarlah...Ada sape² tak yang baik hati nak bagi aku benda² di atas nih...??? Heheh..Oklah..Bubye.. =)


Share

05 July 2011

Killer Subjects

Hi..Salam all..

Dah dekat sebulan aku kat sini...Baru lah setel pasal credit transfer aku...So aku dapat transfered 13 subjects...So, kurang la sikit masa aku belajar untuk habiskan degree ni...InsyaAllah maybe 1½ to 2 years je aku buat degree ni...

Sem ni sepatutnya aku ambik subject Malaysian Studies, PC Competency & English Vocabulary &Grammar 1 tapi aku drop subject ni sebab dah dapat credit transfer..So aku register 3 subject killer E-marketing, Basic Law of E-Business & Business Communication..Dahla sekarang ni sem pendek..Mati la aku mcm nih..

Doa² la biar aku dapat buat k untuk 3 paper nih..Hmm..Tu jela..N3 ringkas je...Bubye.. =)


Share

15 June 2011

Dedicated To My Cici & Friends =P

Hi..As-Salam again to uols...


Dah 4 hari aku tinggal kan kampung aku...Hmmm...Bosan sangat stay kat sini..Yelah, tempat baru, semua benda baru kat sini..Ambik masa jugak aku nak biasakan persekitaran baru aku sekarang ni..Btw, aku memang rindu sangat kat rumah aku...Homesick jugak ni, mana taknya lama jugak aku tak berpisah ngn parents aku..Huhu..


Aku rindu sangat² kat cici aku...Memang aku perlu sangat² kucing aku time nih..Selalu aku sedih kucing jela tempat aku mengadu..Kawan aku bila² yang aku perlukan dia..Sumpah!, rindu gler kat cici aku...Hmmm...




Ni lah kucing kesayangan aku..Cici nama dia..Hehe..Kucing kampung je, tapi dia ni dah 4 tahun lebih kot tinggal dengan aku...Semenjak aku duduk Muar, memang dia jela kawan aku yang ada untuk aku bila² masa aku perlukan dia..Hmm..Mcm orang giler je aku kan..Tapi tu lah aku..Terlalu obses and sayangkan kucing aku sangat²..Sekarang aku rindu sangat² kat dia..Rasa nak balik Muar sekarang je...Ingat nak bawak kucing² aku semua kat sini, tapi takut aku xboleh nak jaga sangat sebab kena pergi kelas apa semuakan..Jadi aku tinggalkan jela kat kampung..Hmmm..



Tengok dia..Muka sedih je..Mesti dia tertanya² mana la aku tak balik² umah main² dengan dia...


Tengok ni plak, termenung jauh je..Mesti dia pon rindu kat aku kan..

Sedih la...Tak tau nak cakap mcm mana lagi..Yang aku tau aku memang perlukan dia sangat² sekarang ni...Aku ada lagi kucing baru..Hehe..Ni gambar dia..



Kucing yang ni takde nama lagi...Ni lagi kesian, baru je lagi duduk dengan aku tapi dah kena tinggal dengan aku...Hmm..Bila la nak balik Muar nih...Aku homesick la sekarang...Tak tau nak cakap apa lagi..Just nak cakap aku rindu dgn kucing² aku terutamanya cici and aku sangat² perlukan dia sekarang nih... Bye~


Share

14 June 2011

The Decision Has Been Made

Hi...As-Salam again to all...

Tajuk aku...Keputusan telah dibuat..Heheh..Yup, the decision has been made and here i am stuck in KL to further my degree..Yes!, degree..Aku dah buat keputusan untuk sambung study..Aku sambung degree kat Kuala Lumpur Metropolitan University College..(Dunia Daaalaaammm Genggaman Kita)..Lagu iklan KLMU tak boleh blah..Setiap kali aku dengar and tengok iklan dia nak tergelak aje...


For the time being, aku stay kat hostel yang KLMU provide..Not bad la hostel kat Putra Majestic kat Jalan Ipoh..Antara hostel yang agak dekat jugak la dengan KLMU yang terletak betul² kat tengah² bandar..(Ya Allah, kuatkan lah iman aku..)..Kat tengah² KL tu, risau aku akan ketahap sosialan aku kelak..Hehe..Takpe, niat aku datang sini nak belajar..Taknak pisang bebuah 2x dah..Huhu..

Student untuk intake June ramai giler hampir 500 orang, tapi yang buat degree ada beberapa ketul je...Sedey aku xjumpe lagi kawan² yang ambik sama course dengan aku....Hmm....Macam takde je.....Btw..Sbb aku dari diploma kat Cosmopoint Muar, (adik beradik KLMU jugak la Cosmopoint ni), so bila aku sambung degree kat KLMU ni, aku dapat transfer credit subject² yg aku dah ambik time diploma dulu. So dari 120 jam credit, tinggal 80 jam credit je..So, aku cepat la habis buat degree nih and secara tak langsung "fees" aku pon berkurangan..Huhu..That's y la aku pilih KLMU..Hehe~

Aku baru je habis orientasi, bosan orientasi duduk dengar orang bebel je..Penat sangat dah la tak cukup tido beberapa hari ni..Hmm..Tu je nak cyte kali ni..Aku harap keputusan yang aku buat ni adalah keputusan yang paling okey..Untuk masa depan aku jugak kan..Hehe..Wish me luck k.. Bubye..



Share

16 May 2011

Apa Pendapat Korang..???

As Salam..Hello blogger..


Sekali lagi ayat yang biasa aku tulis, lama betul aku xupdate blog aku nih..Hmm..Lepas sehari sehari aku nak update tapi xsempat²...Ada je benda aku nak buat..Sekarang ni kalau on9 pon bukak Facebook main Cityville je..Huhuhu, sampai report practical pon aku xsempat² nak siapkan...


Ada ape ye dengan tajuk post aku kali ni..Actually, aku telah berjaya menamatkan pengajian aku diperingkat diploma. Aku baru je habis practical kat Bank Rakyat..Takdelah baru sangat, dah 2 minggu dah aku menganggur takde buat ape²..Gler bosan aku duduk kat rumah aje..Balik² keluar g umah atok, tak rumah atok, aku g umah uncle aku..Memang bosan lah...


Okay²..Sebenarnya aku dalam dilemma ni samaada aku patut ke sambung belajar lagi ataupun cari kerja then buat PJJ (Pendidikan Jarak Jauh)..Kalau aku sambung belajar kat mana² IPTA, mau 2 tahun lebih lagi la jawabnya aku study..Tapi kalau aku sambung kat KLMU (Kuala Lumpur Metropolitan University),  kata dia (pihak Cosmopoint) aku just belajar lagi setahun setengah untuk aku dapatkan degree..Macam mana sekarang ni ea..Aku xhabis fikir ni..






Then, my second opinion is samaada aku patut cari kerja je then buat PJJ either in Melaka or JB...Tapi nak cari kerja bukan nya senang sekarang, nak² ada diploma je sedangkan  yang ada degree kat luar sana bersepah² lagi yang takde keje..Inikan diploma aje..Hmmm...Tolong la sesiapa bagi pendapat kat aku nih..Agak kusut jugak ni sebab my mum asked me to work, but my father hope that i will continue my studies..Mana satu aku nak pilih ni..Kesian pulak kalau nak further studies, nanti parents aku kene keluar berpuluh² ribu lagi untuk tanggung kos pembelajaran aku sebab kalau aku nak further study, xnak masuk lain, nak masuk KLMU je sebab nak cepat habis..Xnak dah belajar lama², otak dah tepu ni nak kawen je cepat²..Huhuhu...


Weyh, serious lah..Tension sangat sekarang ni..Tolonglah kawan² ku yang prihatin terhadap ku ini... =P
Segala idea dan pendapat dari korang teramatlah saya hargai...Sekian..Terima Kasih..LoL~





Share

03 March 2011

Jom Singapore

Salam....Hi Again to all my followers and readers..

Kenapa entah malam ni aku terasa rajin ingin menaip..Excited kot nak sebab weekend ni nak pegi Singapore..Heheh..Entah bila aku last pegi Singapore tuh..
Best²...Tapi kali ni pegi bukan dengan parents aku..Tapi pegi dengan staf² bank..Dorang buat family day pergi Singapore, so aku as a practical trainee tumpang sekaki la..Best la trip kali ni sebab pegi dengan member² kan...Tapi kan yang paling best nye, aku akan pegi ke...


Haaaa....Nak pegi sini la...Universal Studios Singapore..Haha..Saje je nak letak gambar ni besar², nak wat korang sume jeles..Haha..Tak masal..Biasa la..Aku kan jakun sikit, jadi bila nak g "oversea" ni, agak teruja la kan...Oversea ke??? Sebelah je kan..Tak sampai 30min dari JB dah sampai Singapore tu..Hehe..Tix untuk masuk ke tempat ni agak mahal jugak maybe dalam RM190 kot..Tapi dengar kata berbaloi la pegi tempat ni dengan harga tiket dia ni..Orang la kata..Takpe², nanti aku dah pegi nanti balik sini aku cerita la kat korang k berbaloi ke tak pegi Universal Studios ni..Heheh..Tak sabar nye aku..Amboi excited lebih aku ni..Haha..
Bulan 5 ni pulak katanya dorang nak buat family day pegi Beijing..Best gler..Tapi alangkah sedih nya aku praktikal sampai hujung bulan 4 ni je...Tak dapat la nak ikot.. Hmm...Haha..Takpe², kembali excited...Singapore mari....

Few more hours to go...Nak tido..!! Esok keje..Take care guys...Thanks for reading..






Share

Lawak Hantu Zizan & Johan


Hi..
Salam to all readers & followers..

Tah tahu nak tulis apa kat blog aku ni..Saja nak share video lawak sengal si Zizan & Johan ni..Tergelak macam apa plak aku bila tengok video ni sorang² dengan muka slumber "mereka" time buat lawak nih.. 
Thanks to Rafi yang share video ni kat Facebook...
So...Layan la ok..Video pendek aje..
 (^_^)



-Hahahaha-

~the end~


Share

27 February 2011

Mitsubishi Airtrek 2.0 Turbo For Sale

CAR FOR SALE

LOCATION : MUAR

MITSUBISHI AIRTREK TURBO 2.0(A)

PRICE : 60K+++ (NEGOTIABLE)


YEAR : 2004
S/RIMS , BODYKITS , AIRBAGS, ABS , TIPTRONIC , ALL ORIGINAL CONDITION & WELL MAINTAINED , NICE NUMBER.











IF INTRESTED..PLEASE CALL 013-3352415 OR COME TO 

LOT 4815, JALAN KESANG LAUT, 84000, MUAR, JOHOR 

TO SEE THE CAR FOR YOURSELF.



Share

30 January 2011

Must Read..(^_^)

Hi Salam to all..


Tajuk entri kali ni mcm gempak je kot nak suruh baca tapi takde ape pon, just bosan ni tak tau nak buat ape..Dah la 2 hari ni hujan xhenti²...Tapi jangan mengeluh bila hujan, kan hujan tu bawa rezeki kat kita..Bersyukurlah ye..So xde keje duduk kat rumah ni aku update blog jela..Lama dah xupdate blog ni..Saja nak cerita pengalaman aku praktikal dah seminggu ni..So far okay la..Xdela pressure sangat keje ni..Huhu..
Keje aku senang je, macam biasala budak² praktikal, xsah kalau xkene buat "filing"..Kene susun² dokumen² customer yang nak buat pembiayaan...Pembiayaan ok, bukan "loan" or "pinjaman"..Kene wat offer letter, rejection letter..Kene call customer nak bgtau pembiayaan dah approved or call mintak detail² diaorg yang xlengkap..Banyak lagi la, aku tak tau nak sebut apa istilah kerja yang aku buat tu..Hehehe..


Antara pengalaman yang aku dapat or belajar bila dah praktikal ni..Ngee~

  • Mcm biasa la..Dapat kawan baru of course..!!
  • Aku belajar bangun awal and tido awal..!! Haha..Sekarang ni before pukul 12 aku dah tido dah..Memang xboleh tahan lagi dah nak tido lambat²..Tapi before ni pon aku mmg tido awal, tapi sejak kenal "si dia" tu aku asyik tido lambat je, mane tak nya nak kene teman "dia" ape sume kan..Huhu~
  • Baru aku tahu betapa nikmatnya "weekend" bagi orang² yang dah bekerja...Heaven gler duk rumah tdo je keje aku..Maklum la weekdays xdapat nak rehat secukupnya..
  • Aku dapat nama baru..Haha..Ada staf² bank yang panggil aku dengan nama "AL"...Ape kejadahnye itu...Haha..Aku xtau ape sebab diaorng panggil aku "AL" je..Nama aku dahla pendek dia lagi nak pendekkan nama aku..Kadang² aku xperasan jugak bila diaorg panggil nickname baru aku tu..
  • Dari segi bekerja plak, aku dah tau ape prosedur² untuk buat pembiayaan, mcm mana proses² dari mula sampailah pembiayaan itu diluluskan..Kira² ape sume tu la..Tau tentang produk² yang ada di Bank Rakyat..
So far ni je kot pengalaman yang aku dapat and ingat nak tulis sekarang ni..Kalau ada lagi nanti aku update lagi k..Heheh..Tapi memang best la keje ni...Baru tau mcm mana susah nak carik duit...Ni jela nak cyte setakat ni..Nanti² aku update lagi lah ye..Take care..Bubye..


Share

23 January 2011

Bank Rakyat - Saya Mesti Pilih..!!!

Hai..Salam again to all my followers and readers..


Ada ape ye dengan tajuk entri aku kali ni..Hmm..BANK RAKYAT..Ye, bank rakyat..Disini lah tempat aku akan melakukan latihan industri aku a.k.a praktikal...Yang bestnye..Esok aku dah start praktikal laaa...Aku dapat praktikal kat Bank Rakyat cawangan Muar lorh..Hahaha...Nervous gler ni tau x..Entah apa la keje aku HR suruh buat nanti...Ya Allah, permudahkan la segala urusan dan kerja aku dalam melakukan praktikal ni nanti..Aminnn...
Tak tau la kenapa aku nervous sangat..Yelah..Ni kot pengalaman pertama aku bekerja..Huhu..Macam xcaye je aku dah praktikal...Kepada member² aku, Naim, Yong, Ekin¹, Ekin², Ejum, Ifa, Soya & Kak Nor...Good Luck k...Keje² jugak...Final Report jangan lupa buat wei...Hahah..Btw..All the best to you guys...Hope to see all of u again... =)


Tu je..Kene tido awal..Esok keje..!!!..Hahah...Bubye all...~~

Share

21 January 2011

Terminal Bersepadu Selatan

Hi Salam All..


Kenapa ye aku tetibe je nak cyte pasal terminal bas baru ni...Hmmm..Sebab nye terminal ni memang best la kot bagi aku..Better than Puduraya..Dah macam airport la plak aku tengok terminal bas ni..Memang complete la facilities dia, selesa plak tu...




Gambar kat atas ni aku google je..Huhu..Ni la dia terminal bas nye..Memang gempak la pada aku ni sebagai pengguna bas yang setia kot...Yang mementingkan keselesaan dan keselamatan..Haha..Aku hari tu naik bas dari Muar - KL..Aku pelik la knape bas ni melencong g tempat lain..Sepatutnye g Bukit Jalil, Sekali dia bley g kat sini kan, aku pon dah gelabah dah sebab tak tau macam mana cara nak balik umah kat Shah Alam..Suma orang tertanya² knape bas ni berhenti kat sini..Bila sampai je aku terus cari LRT nak pi Bukit Jalil sebabnya akak aku tunggu aku kat situ..Nasib baik ada, bukan LRT je aku jumpa, KTM, ERL, RAPID KL, TAXI sume ada..Memang complete la TBS ni...



Gambar kat atas ni pon aku goole jugak..Huhu...Saja je, sebab teruja dengan tempat baru nih..Hehe...Time nak balik Muar, aku confuse sama ada nak g Bukit Jalil or TBS ni...At last aku g la TBS ni sebab aku tengok berita cakap terminal bas officially dah pindah kat TBS ni..Aku pon riki la tempat ni...Hehe..Ni ada gambar² yang aku snap masa kat sana.. =P



Smart kan kat dalam dia, bersih je...Maklumla tempat baru kan..Korang tau, nak beli tiket bas dia macam nak beli tiket flight je..Siap mintak tengok IC lagi, Nasib dia xmintak passport..Huhu..Pastu kene touchscreen² berbagai nak select bas mana yang aku nak naik and time pukul brape..Best²...Jakun seketika aku..Bodo je..Heheh..Dah beli tiket dia siap pesan 30 min before departure please check in kat Ground Level Gate No. 2..Walaweh, dah macam kat airport plak rasa nya..Hahaha..Bila nak check in siap ada macam polis duk cek² tiket aku..Entah pape je, nak naik bas je pon..Huhu...




Hehe..Ni tiket aku..Saja je..Aku memang obses dengan benda² baru ni nak² tempat tu macam best je pada aku..Hehe...Tu je nak cyte..So pasni bg korang yang nak naik bas, jangan pegi kat Bukit Jalil lagi ye..Boleh g kat TBS ni...Kalau naik LRT turun kat Bandar Tasik Selatan ye, bukan Salak Selatan..Hehe..Aku silap hari tu...Confuse yang mana satu...Dah²..Tu jela cyte aku pasal TBS ni, bukan GBS(Geng Bas Sekolah) okay..!!..=P
Bubye...


Share

16 January 2011

Mood : Demam

Hai all...Lama dah xupdate blog ni..Sebab tak tau nak tulis apa..Hmm..Aku baru je baik demam kot..Paling teruk penah aku kena..Hmm..Xdela baik sepenuhnya, still lagi cough ni..
Mula² ingat kene chicken pox..Sebab budak² ni kata petanda awal demam² and badan sengal²..Aku ada semua tanda tu, tapi xjuga timbul² chicken pox nye..Hehe..At last xboleh tahan terpaksa la pergi hospital..Mula² jumpa HA (Health Assistant kot!)..Dia detect yang demam aku ni bukan demam biasa..Waaaa!! Ape lagi aku dah mengigil² dah, mak aku pun risau gler..HA tu refer kat Doctor plak..Check punya check sah la aku kene Denggi..!! Suspect jela..Doctor tanya aku macam², rumah aku macam mana, kawasan rumah aku ada orang datang "fogging" x..Dia tanya lagi apa rasa, tapi aku terpaksa la tipu² sikit sebab aku takot kena tahan wad..!! Takot la kene cucuk jarum, waa..Sakit²..Xmau aku..Dia tanya aku ada sengal² badan x..Aku ckp xde,..Tanya lagi gusi ade bdarah x..Aku ckp jugak xde padahal pagi tu time aku berus gigi tiba² time kumur tu merah je..Pelik jugak..Boleh buat main² lagi kan aku pasal "Denggi" ni..Hmm..Tapi Doc kata antibodi aku kuat..Dia bagi la antibiotik and ada la  4 - 5 jenis ubat lagi..Sekarang dah okay dah kot...Mak aku punyala rasa serba salah sebab dia ingat kerana dia banyak duk tanam² bunga kat rumah tu banyak pasu² xpakai jadi punca & penyebab aku kena suspek denggi..Heheh..Jom kte sama² kempen cegah denggi..Hehe..


 Hmm..Tu jela kot nak cyte..Nanti aku update lagi lah ye...Take care all...Hope all my followers and readers are in pink of health...Bubye~

Share

01 January 2011

Happy New Year 2011

Hi All...


My very best wishes to you all..Happy New Year 2011..
Today 1/1/11..Sekejap je rasa tahun 2010..Dah 2011 sekarang..


Masuk je tahun baru, semua orang duk bcerita pasal azam baru..Tapi hakikatnya, azam yang 3 4 tahun lepas pon xtercapai lagi kan..Paling best azam baru konon nak berhenti merokok..Semua nak berhenti merokok, tapi haram, tahun lepas isap Sempoerna, tahun ni upgrade g Dunhill plak..Makin advance plak kan..Xbley bla la ko Wan...Haha..Memang xberhenti la jwbnye..


To all my Sarawakian member, hopefully Tahun 2011 tok, aku mesti g Bintulu..Xkira juak, habis jak diploma aku, pas praktikal tok aku g cnun jumpa takorg..Rindu ngn takorg suma kwn² Sarawak aku..Miss Sarawak especially Bintulu soo much...


To my KL's member, Sorry mlm td xdapat hang out ngn korang, aku ada family gathering lorh..5ruz, next time aku g KL aku roger ko k...Weyh, lagi satu, next 4 or 5 month i move back to KL lorh...Further my degree there...Hopefully aku tetap jadi "orang" bila duk sana KL nanti k...Hahah..Bodo je statement..


To Muarian member, my colleagues in Cosmopoint Muar, Next week ni Final, Good Luck to you guys...All the best to you..This is my last semester InsyaAllah xde repeat² kot..Heheh...


To Haida Homari, Happy Belated Birthday to you..Please forgive me, forgive me and forgive me for all that i have done to you..Hope u happy sekarang dengan life baru u...Harap u habis matriks u cepat² k..Hehe..Belajar rajin² tau..Ingat pesan i kat u..(Ceh, macam bagus plak kan)..


To Nursyahida Daud, walaupon sekejap, tapi impak u pada i yg paling tak terduga..I awarded u the great liar of 2010..hehe..Just forget about the pass k...Xpayah cerita lagi...Hope u pon happy dengan life u sekarang..Kawen nanti jgn lupa jemput ye...


To me...Azam baru?? Private & Confidential kot..Hehe..Xde ape pon azam tahun ni..Forget bout the pass & Hope for a better life..Tu je kot...Hmm..


Kronologi yg penting² berlaku kat aku pada 2010 : - 

Jan - Involved in MLM..
Feb - Doing great in MLM..
Mac - My life & business partner also doing great..
April - MLM great and study alright...
May - MLM great and study| alright...
June - My birthday..
July - Mood & Jiwa kacau bilau time nih..
August - Mood & Jiwa kacau...
September - Neutral...
Oct - Happy..
Nov - Sadness
Dec - Sadness


6 Bulan pertama okay je..6 bulan ke 2...Tak tahu nak cakap..So, azam baru Forget bout the pass & Hope for a better life.. Hehe...  Once again, Happy New Year 2011 to all reader & my followers..Bubye..

Share