11 August 2011

My New Pet (QaQa Arjuna)

Hi...Salam guys and gurls.. Hehe.. Happy fasting yaa...

Lama jugak tak update blog ni.. Hehe..Tgk tajuk entry aku kali ni..Binatang peliharaan baru sayeeee...Hahah...Setelah lama mengidam akan binatang ni akhirnya aku dapat jugak beli seekor dengan bantuan kawan dan juga yang tersayang dalam menghulurkan sumbangan ikhlas dalam usaha membantu aku untuk mendapatkan binatang yang dinamakan "Sugar Glider" ini...Bukan apa, boleh tahan mahal binatang ni bagi aku yang bergelar student ni..Huhu..

Nickname : Qaqa 
Name : Qaqa Arjuna
Age : 3 months
Sex : Male

Ni lah dia...Qaqa nama dia...Cik Syaidatul Firqiyah yang bagi nama ni...Nama bukan main lagi..Hehe..Umur dia baru dalam 3 bulan (tak sure sangat)..Gambar kat atas ni mata dia kuyu je sebab nak tido plus penat bermain dengan aku..Huhu..Ni ade lagi gambar..

Qaqa memang suka main dengan gelang aku..
Comel kan...Mata besar giler..
Tengok kuku dia..Giler tajam..Aku xreti lagi nak potong kuku dia..Aktif sgt nak potong pon payah..
Bulu dia warna "grey".. Baru nak kembang lagi pon..Kecik lagi kan...
Actually,aku dah beli seekor sebelum Qaqa nie tapi dia dah mati, oleh kerana si penjual Qaqa ni baik hati, dia ganti balik Sugar Glider aku yang dah mati tu...Sebabnya tak sampai seminggu lagi aku beli dia dah mati... 
Agak leceh jugak bela benda ni sebab kita nak kena betul² jaga pemakanan dia, tempat tinggal dia...Salah bagi makan boleh jadi mati glider ni.. Ni lagi gambar Qaqa...

Qaqa punye cage, pouch and exercise ball dia...Pink kaler je..Haha..
Qaqa tengah makan apple...
Qaqa tengah exercise...Lari²..

Qaqa nak masuk dalam pouch Domo dia..Huhu..
Kucing aku duk usha je Qaqa..Mesti dia geram je tengok Qaqa..

Ni lah dia binatang peliharaan baru aku..Tapi "cici n' frens" kat rumah tu tetap diingati walaupon aku dah ada Qaqa..Haha...Sengal..Sape² rasa nak jugak beli Sugar Glider ni boleh la contact aku..Nanti aku boleh rekemen kan seller yang ok and murah...Klah..Gudbye ols...Happy fasting..!! =)









Share

11 July 2011

Perhimpunan Bersih 2.0 *(The Truth)

Hi As-Salam again to all blogers..

Saja nak cerita pasal perhimpunan bersih yang diadakan baru² ni..Ni just pendapat aku lah..Aku takde la nak berpihak² kepada sesapa..Kiranya pengundi atas pagar la ni..Huhu..Entah pape je..

Aku takde la sokong 100% dengan perhimpunan ni sebab boleh menyebabkan imej negara Malaysia ni jadi buruk je di mata dunia..Dah jadi trend ke ape sekarang semua nak buat demonstrasi jalanan..Malaysia yang terkenal dengan negara berbilang bangsa dan kaum, aman dan damai and sebagai negara Islam yang patut dicontohi kot..Kenapa mesti ada pihak nak kucar kacirkan negara kita ni..Yang kepala nye pulak si Ambiga tuh..Yang melayu ni duk ikut aje..Memang tak salah, mungkin dengan cara ni paling berkesan dalam menyalurkan suara rakyat terhadap pucuk pimpinan negara..Tapi xpayah la buat demonstrasi jalanan kan..Agong dah cakap buat dekat stadium tapi tak nak pulak dengar..

Yang kerajaan pon satu..Kenapa tak benarkan perhimpunan bersih ni diadakan kat stadium..?? Sebab pertubuhan tak sah katanya..Tapi Agong dah bagi kebenaran untuk perhimpunan bersih dibuat kat stadium kan..Kenapa tak bagi permit..?? Kenapa PM kita ingkar dengan titah Agong supaya membenarkan pihak polis bagi permit kat dowang yang nak buat perhimpunan nih?? Kenapa..?? Takut dengan bayang² sendiri ke..?? Polis saja nak pressure rakyat Malaysia supaya benci akan perhimpunan bersih 2.0 ni dengan buat sekatan jalan raya sana sini, tutup jalan apa suma..Jam giler b**i satu KL kot..Langsung tak bergerak kereta..Dowang berjaya kot membuatkan pengguna jalan raya memaki hamun sesapa yang nak organized perhimpunan bersih ni kerana telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang amat teruk pada malam sebelum perhimpunan bersih ni...

Entahla..Yang pasti aku kecewa dengan 2 2 belah pihak...Layan je video kat bawah ni..Patut ke polis layan rakyat macam ni..?? Korang nilai la sendiri...





Share

06 July 2011

My Wish List

Hi Again... As-Salam...

Bosan hari ni takde kelas tu yang rajin sikit nak update blog ni..Saje on9² bosan tak tau nak watpe..Buka laman web Canon (www.canon.com.my) usha camera yang aku nak Canon EOS 550D..Hmm..Tapi macam mahal sesangat²...Tak mampu nak beli...So, bukak pulak laman web Nikon (www.nikon.com.my) usha plak Nikon D90..Haiii..Harga pon sama je dengan yang Canon tadi...So tengok pulak Nikon D3100..Harga takde la murah sangat but still mahal la bagi aku yang bergelar student ni..Mana la nak carik duit ea nak beli kamera ni..

Dapat D3100 ni pon jadi lah..Janji DSLR....




Harga kamera ni lebih kurang RM2,200.00..Kalau aku keje part-time 4 - 5 bulan gaji kot baru dapat beli kamera ni...Sumpah aku teringin sangat nak ada sebijik kamera nih... 

Hmm..Lepas tu, aku bukak pulak laman web Sony Ericsson (www.sonyericsson.com.my)..... Tengok handphone SonyEricsson Xperia™ Ray..Haii..Dunia semua ni..Sekali lagi terasa macam nak tukar handphone la pulak bila tengok handphone nih...

SonyEricsson Xperia™ Ray


Tak tau la berapa harga handphone ni tapi tengok gaya mesti dekat² RM2k jugak nih..Sakit hati pulak bila tengok binatang ni...Geram sebab tak dapat beli...Huhu..

Kalau la akau dapat habuan aku seperti yang dijanjikan oleh orang tu sebelum ni...Dapat lah aku beli benda ni sebab dah lama aku nak...Tapi janji tinggal janji je...Bila tiba masa aku tagih janji dia, respon dia cukup² buat aku rasa sakit hati sangat² and rasa down sangat²..Janji hanya untuk bagi aku supaya lebih bersemangat je nak wat something tapi at last ape je yang aku dapat..??? Lepas ni kepada orang tu tak payah la lagi berjanji dengan aku apa²...Konon 5k @ a vacation... Huh..!! Bila teringat balik sumpah aku rasa down sangat²..Biarlah...Ada sape² tak yang baik hati nak bagi aku benda² di atas nih...??? Heheh..Oklah..Bubye.. =)


Share